2013年2月14日星期四

JENIS-JENIS UCAPAN




1.      Ucapan Impromptu
-          Disampaikan  secara spontan , maksudnya tanpa sebarang persediaan khusus.
-          Pengucap hanya membicarakan perkara-perkara yang lalu, isu-isu semasa dan harapan atau ramalan untuk masa depan .
-          Isi ucapan kebanyakannya berdasarkan pengalaman ,pengetahuan dan kemahiran yang telah sedia ada pada seseorang pengucap .
-          Hanya  diperlukan dalam keadaan terdesak dan sebaik-baiknya dielakkan.

2.      Ucapan yang dihafal
-      Disediakan dengan lengkap terlebih dahulu .
-   pengucap akan menghafal keselyruhan teks ucapan tadi ,perkataan demi                perkataan .
-      Ucapan jenis ini sukar dibuat ,terutamanya oleh orang yang kurang baik daya ingatannya .
-    Ia juga sukar diubahsuai sekiranya terdapat perubahan situasi  atau reaksi audiens.
   
 3. Ucapan yang dibaca daripada teks
            -      Merupakan pembacaan sebuah manuskrip atau teks .
            -     biasanya digunakan apabila terdapat fakta dan data yang amat mustahak dan                    setiap apa yang tercatat perlu dibaca kerana mempunyai erti yang tersendiri.
            -    Ucapan jenis ini juga agak kaku kerana pandangan  mata pengucap lebih banyak terpaku kepada teks daripada memandang audiens.
            -   Ia juga sukar diubahsuai dengan situasi kerana pengucap akan membaca  perkara –perkara yang  tercatat dalam teks sahaja.
  
  4.Ucapan dengan cukup persediaan (extemporaneous)
            -   Pengucap akan hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu ucapan dan mencatat perkara-perkara mustahak sahaja,idea-idea utama dan petikan –petikan yang memerlukan ketepatan .Yang lainnya disampaikan secara impromptu tetapi setelah melalui beberapa kali latihan .
            -   Ucapan jenis ini adalah yang paling baik kerana tidak kaku dan mudah diubahsuai  mengikut situasi.
-   Pengucap juga akan kelihatan lebih sensitif  kepada keadaan sekitar dan             boleh mewujudkan perhubungan dengan audiens. Ini boleh meningkatkan keberkesanan mesej yang disampaikan .



5.Ucapan pidato
        -   Dalam bidang kesusasteraan pidato merupakan ucapan rasmi di khalayak   ramai bertujuan untuk membangkitkan semangat ke atas sesuatu reaksi atau isu tertentu .




6.Ucapan  E-kad
-       Kad ucapan dalam bentuk elektronik dan biasanya dikirimkan oleh sahabat atau ahli keluarga melalui e-mel.
-       kad ucapan elektronik ini biasanya perlu diakses dari tapak jaringan tertentu sinomin   e-kad ucapan.


7.Ucapan demagog
-       Pemimpin atau pemidato zaman silam yang member ucapan untuk membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api , biasanya golongan plebeian atau marhaen.


8.Ucapan Hormatan
-       Ucapan ,gelaran , sebutan  kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh .
-       Contohnya :dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-geralan orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja.


9.Ucapan Deklamasi
-       Ucapan yang disampaikan dengan penuh perasaan di hadapan khalayak ramai seperti penyampaian puisi.


10.Ucapan pidato gesaan
- `     Ucapan yang dilakukan  oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada rayuan ,gesaan ,nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak.

没有评论:

发表评论