2013年2月15日星期五

RPH BM TAHUN 5



Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Tarikh         : 
Masa          : 11:50-12:50 tengahari
Tahun          : 5
Tajuk            : Bersama-sama mempertahankan kemerdekaan Negara
Pakej / Modul: Kemahiran mendengar dan bertutur, membaca.
Fokus utama: 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan , intonasi dan gaya 
                         pembacaan yang sesuai.
                        6.0 Membaca dan menceritakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebuatan dan intonasi
                      6.2 Membaca dan menamakan pelbagai genre penulisan.
                      5.2 Aras 1
     i)             Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                     6.2 Aras1
                      i)          Menyatakan penggunaan kata , frasa , dan peribahasa dalam
                           sesuatu genre.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1)    Menyatakan dan menggariskan perkataan imbuhan apitan ke….an dalam teks petikan .
2)    Menyenaraikan perkataan imbuhan apitan ke..an secara bertulis dan mengetahui kata dasar.
3)    Memberikan kata sinonim pada perkataan yang diberikan.

Pengisian Kurikulum:
Sistem Bahasa: Kosa kata, sebutan dan intonasi , sinonim ( seerti )
Kemahiran Bernilai Tambah: 1.Kecerdasan pelbagai
                                                  -verbal linguistic, interpersonal, kinestatik.
                                                   2. Ilmu
                                                    -Sejarah dan Pendidikan Moral
Sistem Pengajaran:Direktif
Kemahiran Generik:Kontekstual
Bahan sumber Pengajaran dan Pembelajaran.
-kad perkataan
-Lampiran teks petikan
-Lembaran kerja murid
-Gambar ransangan
-Radio
Pengetahuan sedia ada: -Murid pernah melihat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan di
                                         perpustakaan melalui buku-buku.
                                  - Murid-murid pernah belajar dan mengetahui penggunaan
‘’                                    kata berimbuhan sama ada awalan, apitan atau akhiran. 





Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi kandungan
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
-Gambar ransangan
(gambar-gambar pejuang kemerdakaan.
-Dato Onn bin Jafar
-Tun Tan Cheng Lock
-Tun V.T . Sambanthan
a) Guru menunjukkan gambar-gambar tokoh negarawan kepada murid-murid.
b) Guru dan mjurid bersoal jawab kepada muird – murid
c) Guru memperkenalkan tajuk isi pelajatan.
ABM
Gambar ransangan

KP
-verbal linguistic
Langkah 1
(20 minit)
-Teks petikan
Bersama-sama mempertahankan Kemerdekaan Negara.
a)    Guru mengedarkan petikan kepada murid – murid.
b)    Guru membaca teks petikan sambil diikuti oleh semua murid secara beramai-ramai dengan sebutan yang betul.
c)    Murid dan guru bersoal jawab tentang isi kandungan dalam teks petikan.
d)    Murid diminta mengamati setiap perenggan, mengenal pasti dan menggariskan perkataan imbuhan apitan ke…..an yang terdapat dalam teks.
ABM
-Lampiran teks

Kontekstual





Kemahiran berfikir
-menjana idea.

Membuat referens
Langkah 2
( 20 minit)
Penggunaan Imbuhan apitan ke….an dalam teks petikan.
1)    Kemerdekaan
2)    Kecemerlangan
3)    Kesetiaan
4)    Kesukaran
5)    Kemakmuran
6)    kestabilan
a)    Guru meminta murid datangke hadapan kelas dan menulis perkataan imbuhan ke….an di papan putih.
b)    Murid diminta menyebut kata dasar bagi setiap perkataan yang disenaraikan tersebut.
c)    Guru melekatkan kad perkataan kata dasar di papan putih.













ABM
-kad perkataan

Langkah3
( 10 minit)
Perkataan Sinonim
1)    Merdeka—bebas
2)    Cemerlang—amat baik
3)    Setia—patuh
4)    Sukar—susah
5)    Makmur—mewah
6)    Stabil--kukuh
a)    Guru turut melekatkan sinonim bagi kata dasar yang telah dikenal pasti.
b)    Murid diminta menyesuai padankan perkataan sinonim tersebut.
c)    Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan.










Lembaran kerja
Penutup
 ( 5minit)
Rumusan ( kognitif)
-kita hendaklah menanamkan semangat patriotism yang kuat dalam diri.
-Kita juga patut mempunyai semangat bermuafakat agar Negara tidak  dijajah lagi.
 a) Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini secara ringkas.
 b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk dan aktiviti yang dilakukan dari segi pengajaran dan nilai murni.
c) Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu “ Malaysia Berjaya” secara beramai-ramai dengan iringan muzik.
Kemahiran Berfikir
-merumus

KP
Kontekstual



KP
Muzik
 
     

Teks petikan
Baca teks di bawah dengan gaya , sebutan, dan intonasi yang betul.
Tajuk: “ Bersama-sama Mempertahankan Kemerdekaan Negara”
            Usia kemerdekaan Negara kita kini telah menjangkau puluhan tahun. Setiap rakyat tentunya berbangga apabila melihat kecemerlangan ini. Namun begitum kecemerlangan ini akan menjadi sia-sia jika kemerdekaan Negara tidak kita hiraukan.
            Kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ialah hasil perjuangan negarawan kita.Mereka berkorban untuk membebaskan Negara daripada belenggu penjajahan.Kita sepatutnya menjiwai semangat patriotic agar kesetiaan kita kepada Negara tidak akan berbelah bahagi lagi.
            Selain itu , kita harus memupuk rasa cinta dan sayang akan tanah air.Kita dapat berbuat demikian dengan menyoroti sejarah yang memaparkan kesukaran perjuangan orang-orang terdahulu untuk mengecap kemerdekaan. Oleh itu, kita patut menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka.
            Sebagai rakyat yang bertanggungjawab , tanpa mengira bangsa ,agama dan budaya, kita semestinya menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuh jiwa. Kita perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.Prinsip Rukun Negara patut kita dukung. Kemakmuran yang kita nikmati kini patut kita kekalkan.Janganlah kita mudah alpa dan terpedaya oleh anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan yang kita kecapi selama ini.
            Oleh itu, marilah kita bersatu dan berganding bahu serta hidup harmoni untuk mencapai kestabilan politik dan ekonomi supaya kemerdekaan Negara kita tidaktergugat. Bak kata pepatah, “bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.”

没有评论:

发表评论